Tuesday 20 November 2012

wajah kesayangan hamba .



        hah . .  waalaikumsalam, ye gua tahu lu orang yang tetibe melawat blog gua mesti bengan sebab gua dah berbulan bulan tak update kan, yee gua faham gua salah jangan lah hina gua seperti kucing yg buta salah satu matanya, *mata kiri ke kanan?* hah gua cukup menyampah kalau ade orang bergurau seperti ini, ehh nak tahu tak dulu kawan gua ade bergurau macam ni,mati disambar dek petir lu orang kalau nak tahu .

       Jadi macam mana gua tetibe boleh nak update entri ni pulak kan? okay gua sebenarnya baru terperasan yang gua sebenarnya ada blog,hihihih and gua bengang sebab gua tak dapat bukak entri yang gepren gua buat, tahap bengang gua tu sampai sarang semut kat depan rumah gua,gua letupkan dengan 30 biji mercun bola . hah pegi meninggal sana,dah gua tak boleh bukak entri dia nasib kaulah semut . lagi seminggu lebih je gua akan kembali ke kampus gua kat araustralia perthlis . . *acah acah baq hang* so gua dah jangkakan yang cuti gua kali ni memang tak bermakna, tapi pernah tak lu orang terpikir bahawasanya rakyat malaysia kurang bersyukur dengan ape yang mereka dah dapat,iyelahh dah bg cuti kira okaylah walaupun singkat, daripada kerajaan lu orang langsung tak bagi cuti kan lagi haru jadinya .

     Bukan tu je gua nak cerite, si umairah tu dia dapat sambung diploma kat Uitm jugak, tapi yang gua sedih tu beliau dapat kat Kelantan, hah tulah dulu dok gatal sangat pilih kos textile siapa suruh habaq mai cik umairah? by the way . .gua sebagai bf beliau tentulah gua support kan, ala 3 tahun je 3 tahun je * uwaaaaa )': * takpe takpe gua akan tunggu beliau seperti lu orang kalau menunggu bas selepas pukul 11, ye laa cerite dia kalau lu orang tnggu bas awam lepas pukul 11pm, cerite dia memang lu orang akan dapat bas tapi pukul 6 pagi esok, jadi ape yang gua mengarutkan Kelantan dengan bas awam pulak ni? takpe kita hiraukan je, yang gua harap beliau tak nakal kat sana, yela awe awe kelantan ni gua goyang sikit baii, karang tetibe gepren gua ni sangkut kat mamat Kelantan,mahu gua buat kenduri tahlil 3hari 3malam untuk gua sendiri .

    Cuti gua yang dah nak habis ni, gua rase tak banyak yang gua dapat habiskan masa bersama beliau, sebabkan gua busy beliau free,gua free beliau busy, so siapa yang kita nak salahkan? takkan lu orang nk gua salahkan jam kat rumah gua? takde kene mengenekan? hah tahu takpe . takpe nanti akhir2 gua dah nak balik Uitm, gua ingat nak ajak dia dating, dating pegi kursus kawen bagi semangat sikit ,hahahahahahaha * lancau baq hang*

    akhir kata gua bagi menamatkan sesi entri gua untuk kali ni, gua nak menyeru kepada tuan tuan dan makcik makcik yang membaca blog gua,agar sebelum tidur gosok la gigi dulu kalau tak boleh kena demam denggi tahu tak . cukuplah tu gua rase gua mengarut kali ni .
 

Friday 31 August 2012

perkara yang lelaki tak suka tentang perempuan

   

      yeahhhhhhhh . . okay sepatutnya gua bagi salam ye dakk? sorry assalamualaikum .  abg kakak dah makan ke belum? so what is mean by my topic today? oraitt . .  selalunya atau menjadi kebiasaannya perempuan je yang selalu cerite tentang perkara yang dia tak suka pasal lelaki, jadi gua nak menghuraikan sedikit pendapat tentang perkara yang lelaki tak suka pasal perempuan atau wanita . sudah semestiny menjadi tanda tanya kepada lu orang,apehal gua buata entri macam ni,yela baru baru ni gua baru je kan buat entri,selalu kan gua lambat update entri gua,gua sekarang ikut rasa laa nak update ke taknak update lu orang kecoh apehal? hahaha . orait2 sori . gua bergurau je . so meh kita huraikan pendapat kesatu atau pertama.

   bak kata membe gua,perempuan ni ibarat pisau,bahaya tapi berguna . *ehh gua tak paham betol dengan perbidalan membe gua ni,ape kene mengenenya?  so gua tak dapat tafsir maksud kata kata membe gua tu,so kite teruskan je, lelaki tak suka perempuan yang obses tentang sesuatu teguran, hah contohnya bila orang cakap gemok je dah risau,padahal kawan tu bergurau je,terang terang lu slim,kawan tu kata gemok pastu gelabah,ehhh relax laa . selain itu, lelaki juga tak suka perempuan yang terlalu sosial, of course nak cari perempuan sebab nak buat bini der,bukannya nak jual tepi jalan macam jual durian . lu orang kene paham .
perempuan yang tak pandai jaga hati, ehh mestilahh,kalau dah awek lu keluar dengan kawan laki dia,lu orang tak menyirap ke? comfirm melenting punya,lepas tu lu orang marah dia,tibe tibe dia marah lu orang balik,hah tu kira nama dia tak pandai jaga hati la tu,bukan reti nak mintak maaf ke ape, kita ni lelaki jeles sebab sayangkan dia ye dakk? hah kau . hahaha . seterusnya, perempuan yang bajet cun,ehh gua cukup menyampah dengan spesies yang macam ni, kat tempat gua belajar ni,bersepah perempuan macam ni, bersepah wa kata lu,* ehh tak reti nak susun ke, hah .  gua malas laa sembang banyak,emosi beb . hahaha .

    soooo . .  sebenarnya membe gua yang bernama aimi shazana yang memberi idea ni untuk gua update entri ni, gua rasa macam smart untuk gua kongsikan dalam blog gua ni,so gua buatlaa,terima kasih la ye cik aimi, kerana bagi idea bernas tu . okay berbalik kepada topik gua tadi,walaupun kita memandang semua kekurangan yang ada pada perempuan mengertilah wahai kaum adam yang kita juga dilahirkan daripada rahim wanita,dan sebagai seorang yang mempunyai kekasih gua kasih kekasih gua sepenuh kasih sayang,terima kasih ekkk . haha banyak sangat kasih pun orang marah ye dakk? so gua dah takde idea nak taip apelagi,elok gua berenti sampai sini je takut karang lu orang bengang gua merapu tah ape2,ehh gua lupa sebenarnya kan gua taip ni gua sambil tidur,betul gua mana pernah cakap betul .

Friday 24 August 2012

keranamu kekasih




              assalamualaikum . orait . . setelah sekian lama lama lama tak mengupdate gua punye entri ni,mesti lu orang tertanya tanya kemana hilangnya gua,sebenarnya gua tak pegi mana mana,cuma idea dan waktu yang tak mengizinkan gua utk update entri ni. gua busy sikit sejak dua menjak ni, semenjak dua menjak dah tiga menjak ye dakk? ok gua stop mengarut . gua takde mase nak update entri ni sebab gua byk sgt kerje kene buat yela dah jadi budak U kan . emmm sedihh pedihhh . dah la jauh daripada beliau,beliau yg gua maksudkan tu fatin laa . okay kali ni gua bukan nak buat perbincangan ke,atau gua nak mengarut ngarut,gua just nak kongsi cerita seorang lelaki yang gua tak tahu nak klasifikasikan macam mana masalahnya ni . ikiuti luahan hati seorang lelaki ini . tibe tibe gua teringat lagu anuar zain " lelaki ini yang selalu memujamu selalu. . . okay cukup .

           

       .   part luahan hati .

          semalam raya kelima tahun 2012, saya habiskan masa beraya bersama awak, saya tak tahu nak kata apa, hah tu cerite dia. saya seronok sangat hari tu, sebab dari siang sampai ke malam saya dengan awak . then raya keenam awak nak raya rumah kawan awak, *kawan dia dulu pernah suka kat dia and sekarang tak tahulah , okay cerita dia begini, raya keenam ni saya keluar dengan awak sebab dah janji,but kita masing masing dah penat ngantuk kan, but awak still dapat luangkan mase utk saya, masa ni awk baru balik drpd rumah kawan awk tu, then dalam kereta awak cerita apa yg berlaku masa dekat rumah dia, awak jujur tu yang saya sayang sangat dekat awak. tapikan awak,awak cakap dia cubit pipi awak kuat sangat,awak tak suka sebab dia cubit sakit,how come you just said that yang dia cubit sakit,saya ingat awak ckp tak suka dia cubit, saya sendiri pun tak pernah buat macam tu dekat awak,ngade ngadenya dia ni,tapi saya tak marah awak pun,saya tak pernah sanggup nak marah awak,kalau saya nak marah nanti saya pikir balik. saya tak suka kawan awak tu, awak lelaki mana yang tak jeles kalau laki lain suke suke sentuh gf dia,takkan saya nak suruh awak tak payah kawan dengan dia kan,nanti awak cakap awak kenal dia dulu daripada saya,how come lagi sekali awak boleh bagi reason mcm tu,sampainya hati awak,rendahnya taraf saya ni rupanya. tapi saya just bole diam je,nak marah tak guna,kalau saya cakap saya jeles awak just cakap kawan,then awak cakap dia yg cubit,hmmmmm. awak awak tahu tak kenapa tadi awak ajak saya saya tak ikut? sebab saya taknak sibuk sibuk,sebab dia kawan awak,then saya tahu kalau saya ada mesti dia tak suka,saya dah bagi ruang utk awak berkawan dengan siapa siapa,tapi awak jagalah diri. saya tak suka awak rapat or mengade ngade dengan lelaki,atau lelaki mengade ngade dengan awak, bahasa yg lebih tepat lagi menggedik. awak mesti dah jemu kan kalau saya asik ulang2 bende ni,lepastu saya asik2 cakap yang saya takde pun buat mcm tu dekat kwn saya, saya tahu mesti awk menyampah punya . tapi manusia ni perlu sering diingatkan . kalau awak sayang saya awak tolonglah jaga hati saya . and tolonglah jangan buat saya marah,saya tak boleh nak marah awak,saya boleh simpan je bende ni semua,sebab saya sayang awak sangat,saya tahu awak sayang saya . . tapi,haihhhh tak tahulah .

    sincerely your lover .

hah begitulah . . gua punya entri kali ni,luahan hati seorang kekasih, hah lepas lu orang baca lu orang rasa ape? mesti rasa menyesal kan . hahaha . okay gua kesian jugak kat mamat ni sebenarnya tapikan gf dia kan still sayang dia,takkan laaa hal macam ni pun kecik hati,* hello brader,bende kecik yg diambil serius maknanya mamat tu serius dalam perhubungan and dia terlalu sayangkan gf dia lah tu . hoo macam tu ke??? gua tak tahu pulak . . . .  so ape conclusion yang boleh lu orang buat berdasarkan petikan diatas? hahaha . .  dah macam soalan pemahaman sekolah menengah dah rupa dia,haha sudah sudah kalau lu orang buat rumusan gua yakin idea ngarut ngarut yang keluar ni,kalau tak lu orang suruh mamat yang sedih ni bunuh diri lu orang suruh bunuh je kawan gf mamat tu kan? ataupun kedua duanya sekali . hah memang tak jadi apelah cerita dia .


    okay gua rase,gua dah boleh buat penutup untuk entri gua kali ni, so gua harap lu orang berada dalam keadaan selesa tapi bukan bermakna lu orang boleh bersenang lenang,sebab dunia harini semakin  mencabar dan dicabar,amboi . . . ayat gua teroknya . dah lah gua tak pandai buat penutup,akhir kata gua, selamat hari raya maafkan gua kalau typo,ayat kasar atau sebgainya .


Friday 22 June 2012

nasiblah

     assalamualaikum . .  tuan tuan dan puan puan yang hensem hensem dan yang cantik cantik sekalian . telah agak lama gua menyepikan diri akhirnya gua dapat mengexplore ape topik yang gua bole luahkan dalam entri gua kali ni,gua dapat idea ni lu orang tahu kat mana? gua kat perlis kan,tempat yang paling mujarab untuk gua menghirup idea ialah di gua kelam, *ehh apelan... siall dekat gua kelam cari idea? ehh shut up man gua tahulah kelawar2 kat sana yang bagi gua idea,percaye tak percaye nasiblah!!!!! okay okay dah tak payah gaduh meh gua ceritekan lagi kisah kisah yang menyayat hati sepanjang gua berada di kampus uitm arau perlis yang indah ini, gua punya jadual kelas bapak pack,dah lah kelas jauh gila hah,1 kilometer gua rase ade dari kolej kediaman gua,pehhh kalau kelas tengahari usah tanya la penat dan ngantuknya ,gua kalau penat ngantuk je,mesti gua teringat lagu ni  tuhan saja yang tahu perasaanku itu bait bait lirik nya sikit je,

  other than that,ape yang gua boleh nyatakan kat sini ialah gua turut penat apabila lepas kelas,gua kene pergi kawad apelan.. semua,haihhhhhhhhhh . . sudah sudah gua taknak buat entri gua tempat meluahkan perasaan,puihh . gua takde masalah kat sini sangat tapi kalau ada transport cun sikit,lagi one more gua rase gua macam nak tukar kampus dekat sikit . jauh baii nak balik klang . . 7 jam nyahhhhh . . . kalau jem malas lah gua nak sembang,

    for the first time gua makin lama makin rindu pada si jantung hati ,hah biasa kalau lelaki dah jauh mesti dah lupe dia dah ade awek kan,ehhh tolong sikit gua tak . . . gua tak tahulah dia, tapi haritu gua sampai termimpi mimpi beliau . . haihhh la,kalau lah gua takde awek takde lah gua rindu, *ceritenye kalau. kalau la gua tak jumpa dia *ceritenye kalau. tapi semua tu bukan alasan untuk gua curang dengan beliau,so gua akan terus terus dan terus takde belok belok untuk terus setia padanya . .
i miss you dear . . .



kenangan i kat you sentiasa terpahat dalam hati ni,ibarat budak budak sekolah yang bingai tulis kata kata cinta kat sit bas bas awam area klang,tapi i just buat dalam hati i,heeeeeeee . . miss you so much fu. nasiblahhhhhh

Friday 8 June 2012

Arausralia Perthlis

    okay okay okay okay . . sudah jangan menganjing gua bila gua dah sampai kat tempat orang yang jauhnya beratus batu daripada rumah gua yang aggarannya daripada depan pintu rumah gua ke kampus uitm arau perlis ni hampir sama jarak daripada jepun ke zimbabwe . gua macam menipu je kan????hah tulah cerite dia . sekarang ni,hah yelah ni ni ni . gua dekat arau la ni,kalau gua tak  bagitahu tadi mesti lu orang dah tanya arau tu kat mana kan??? kalau lah arau tu gua boleh merangkak 5 minit je sampai kan cun . tapi hah naik kereta pun gua rasa gua sempat sidai baju tunggu kering lah kata orang . kalau gua cakap kata binatang lu orang tak percaye pulak karang . so ape yang gua nak relate kan kehidupan gua di arau ni dengan kehidupan di klang? gua bagitahu yeh . . arau dan klang ade satu persamaan iaitu bandar diraja,actually arau ni bukan bandar pun,macam pekan je kata kau! gua paling tak boleh hidup gua takde transport,pehhh pekan dah la jauh . . gua nak jalan kaki usahlah . . haihhhh .

     so ape yang terjadi apabila gua sudah berada di sini??? ofkos la orientasi tapi kat sini orang panggil mds iaitu minggu destini siswa,gempak kan nama dia? tapi programnya macam zialllllllll . . taklimat,then taklimat,then taklimat,tapi gua tak rase tertekan sangat sebab seronok jugak kat kampus arau ni,hari terakhir la paling seronok ye dak??? gua dah dapat kawan ke? mestilah . . ape?kawan perempuan ohh . . kurang gua bukan la hensem macam budak budak laki yang kat sini yan g gua rasa aim utama ialah memikat wanita,puiii . . bajet nyewwwwwww. . gua aneh betul dengan segelintir masyarakat yang sebegini bedebah perangainya .  so gua persetankan jelah budak budak ni walaupun gua agak menyampah tapi gua boleh buat ape? tidakkah gua berase rindu terhadap fatin umairah? damn! apehal lu orang nak tanya soklan macam gini? gua rindu sangat terhdap beliau sangat rindu . . gua rasa jauh engan beliau, memang la jauh,arau dengan klang kannn. so gua perlu saling mempercayai . ayat gua ni macam tak betul je? lantak lah . gua kat sini banyak dapat nama baru,gua aneh lagi sekali macam mana nama gua boleh jadi acai?????bodoh ke bangang? tak tahu jawap kan?


      lagisatu gua kat sini terikut ikut slank utara,aduhaiiiiiii . . gua tak suka betul, tak hensem dohhh,hahaha . okay gua sebenarnya tak banyak cerita yang gua nak cerita sebab arau,arau is nothing,dah la takde mcd pastu takde mcd pulak tu,mcd pun takde. hah lu orang tanye ade cinema gua berase hina nak jawab,pehhhh . . arau  betul2 tempat untuk study la rupanya .seribu kali sayang . next week on moday gua dah start kelas dah ape yang gua nak cakap, ehhhhhh cepat gilaaa lah sialllllll . . gua ni terlalu banyak unsur carutan dah gua masukkan dalam entri gua ni, takpe lu orang buat buat tak perasan jela yehhh,

by the way,gua tak suka tinngal kat hostel,terlalu banyak sangat akta dan pindaan,gua tak suka peraturan tapi gua taknak langgar peraturan,so solution dia ape be???tak tahukan . . gua malas nak sembang banyak dah nanti lu orang tension kene layan gua membebel.
     fatin umairah in my dream . .h.o.l.l.a.n.d

Monday 21 May 2012

Fatin Umairah

  assalamualaikum . . gua harini nak buat official story tentang manusia yang gua buat tajuk kat entri gua kali ni, so apehal gua ni tiba tiba nak buat story tentang manusia pulak ye dakk? gua kene sampuk ke? gua terminum susu getah ke? semua tu takde kaitan ye tuan tuan dan puan puan,gua cuma tergerak hati nak menceritakan tentang seorang gadis yang telah menjadi buah hati gua . berkasih ni sakit gua nak bagitahu,banyak cabaran dan dugaan gua pernah rasa berkali kali, tapi gua nak beritahu kalau lu orang dapat tepis semua cabaran dan dugaan tu dengan dapat mengekalkan perhubungan korang serta mengekalkan prestasi lu orang,sama ada sebagai seorang pelajar atau pekerja.

     Fatin Umairah, nama seindah rupa,gaya bersahaja,penyayang dan mudah mengasihani samada mamalia,reptilia dan sebagainya . beliau ni  misteri sikit gua kadang kadang tak dapat menganalisis perangainya, sukar dijangka . so tu yang buat gua sayang beliau sangat sangat sebab gua akan terus cuba mendalami isi hati beliau dan memenangi hati beliau . gua punya entri kali ni betul2 pasal beliau ni,dah macam biografi dah, takpe kita hiraukan je,lu nak gua cerite tak nak ni?ala ala ala . . so dengan beliau ni gua belajar erti sayang berpanjangan,gua cuba mempercayai orang,gua cuba jauhkan sifat cemburu gua,gua cuba tepis sifat marah gua,gua cuba berhemah dijalan raya,

       so beliau ade bagi gua lagu suruh jadikan pedoman di mase tua kelak,kuaja btol beliau ni,tampo hijau tahulah,lu orang tahu tak tampo hijau?hah tak tahu tanye ye dakk,tampo hijau tu tampo hulk.

      bait bait lirik lagu yang beliau suruh dengar tu,sampai sekarang gua dengar lagu ni, ingat kat beliau,kalau gua ingat kat orang lain nahas la gua ye dakk?hahaha

            from the first time we met each other
            i knew that we'd be together,
            i saw in your eyes it's just a matter of time
            don't know if this feels like the real thing
            tell me what to do where do i begin
            don't know where to start
            should i let you in my heart,
and all it took was one touch,one kiss i've never felt love like this
i pray i wish we can have this forever .
            i told you from the very start
            it always gonna be about us
            just don't go and break my heart
            baby don't go and break my heart
i knew that we would make it this far no nothing gonna tear us apart

            girl you know that now we're together
            i won't leave your side forever
            you know that i'm yours
            baby you're my only girl in the world
            now i have no reason to be alone
            fell in love with you,you are now my home
            i always be true.i see no one else but you

i knew that we would make it this far
no nothing's gonna tear us apart
just don't go and break my heart
baby don't go and break my heart
ain't nothing gonna tear us apart

dear Fatin Umairah,

     hope,lagu yang you bagi kat i ni you jangan buat yang sebaliknya ye .

so gua speechless bila dengar lagu ni,ohh rupanya baru gua tahu dalam diri gua ada jugak sifat kasih sayang gua ni bukan seperti yang lu orang sangka,gua jugak ada hati dan perasaan berkasih dan sayang ye dakk,kucing pun tahu couple tu ape,ehh haritu gua pergi setia city mall yang baru bukak dan takde ape sangat tu,gua nampak ade secouple kucing ni makan ais krim suap suap,pehh jeles gua.

just dont go and break my heart

so gua harap gua dengan dia sampai bila bila. sebenarnyakan gambar ni sebelum gua couple dengan dia.
lu orang tak payah terkejut sangatlah,manade gua pegang pegang tangan pun.tapi gua pelik la beliau senyum tak nampak mata pun kan,heee comel sangat.gedik pulak gua.hahahahaha

Saturday 12 May 2012

sedikit is better than tiada??

     cantek . akhirnya gua mempunyai idea setelah gua penat menyeluk dalam poket gua ni cari idea . *ehh ape lu orang ingat cari idea macam cari duit syiling seposen ke dalam poket seluar jeans korang yang sempit tu,lagi2 style "cikang" ape kejadah semua tu weiii . . mengarut! so assalamualaikum gua ucapkan kepada readers islam dan selamat sejahtera kepada non muslim,*eleh lu bob macam lah ramai sangat orang bace blog lu ni,ehh pui! . Lagi sekali gua bob mintak maaf,kehadiran jack dalam hidup gua di blog ni memang tak menyenangkan, akhirnya gua telah pun menyedarkan beliau dengan tampar muka beliau menggunakan kaki. *ohh damn how you do that? huh . . malas lah nak jawab .

    so gua punya topik ni apekah kene mengena dengan kematian kucing jiran gua yang telah terminum racun tikus,haihh kesian kucing tu,tikus pun pandai la tak minum bendalah tu. atau adekah kene mengena dengan hidup gua yang meracau racau akibat kena sambung belajar di arau? hah . . pilihan kedua tu betul . so gua dapat sambung belajar di arau perlis darul takzim,hah pergi meninggal dia punya darul gua tak tahu gua main tarok je. so gua dapat uitm course computer science . cos tu gua dah ok,arau tu gua seriau sikit . gua kena tinggalkan biawak merah gua,tenggiling gua, paling gua sebak kene tinggalkan fatin umairah . serius gua tengah tahan nangis ni. *alahai ngade2 betul entri lu ni bob. shut up lu jack lu mane tahu perasaan sayang gua yang mendalam terhadap beliau. gua risau kalau dia tinggalkan gua,gua risau jugak kalau dia main tengah jalan nanti, dear fatin umairah you jangan main tengah jalan ye nanti,main tepi tepi takpe.

    so lagi sekali,gua ajak la beliau jumpe,lama kot tak jumpe,*eleh padahal tak sampai seminggu pun . haihhh diamlah jack.sebok je! jadi 12may gua telah jumpe beliau pada pukul 9.15pm maybe, so walaupun gua jumpe dia sekejap,atau sedikit mase yang gua dapat luangkan bersame beliau yang bernama fatin umairah tu,gua tetap dapat lepas rindu. yela daripada tak jumpe langsung okaylah jumpe sekejap ye dakk? tapi tula . rindu sentiase di hati . padahal baru jumpa tak sampai sejam gua dah rindu sangat dah kat beliau,haihhh kritikal dah gua ni . tapi okaylah gua setia kan?kan?kan? hah kan ke takkan? dia gua tak tahulah perasaan dia terhadap gua same ke tak macam perasaan gua terhadap dia ye dakk? hati dia bukan hati gua, so gua perlu tegaskan disini hati hati melintas jalan. *ehh siall la bob ni takde kene mengene doh! . hoo yeke jack maafkan gua,iloveyou jack . *ehh bob lu ni apehal geli nyewwwwwww .

    finally,hopefully beliau setia dengan gua sebab gua setia dengan beliau. and hopefully gua dapat jalani pembelajaran gua dengan baik nanti,gua harap 3 tahun cepat berlalu,then gua sambung degree,gua kerje,gua dah kaya,then fatin umairah wait hah . . i will marry you dear, *ishhh parah dah si bob ni . lantak gua lah blog gua . . weeeeeeeee

Sunday 29 April 2012

ke mana arah tuju kita?

            bawa aku pergi pacu laju lagi dan kita tak perlu kembali . . . okokokokok daripada lirik ni gua,opppp maafkan saya, assalamualaikum . . ok based on this lyric,ape yang gua nak sampaikan ni sebenarnye takde kene mengene dengan kerajaan korang yang sentiasa menaikkan harga minyak dari semasa ke semasa,dan takde kene mengene dengan polis trafik yang bertugas semasa hujan. Kisahnya bila girl ni taknak balik rumah awal then ajak membe dia jalan2,tapi tak tahu kemana,malangnya on that night sebelum girl ni nak memulakan pengembaraan dia lepak2 dulu dengan bf nya,so bf dia pun nak ikut.

           hah,ape yang berlaku selepas tu? adakah berlaku acara tampar menampar antara kekasih,ohh . .absolutely wrong,girl ni bagi bf dia ikut,but dorang bawak dua kereta yang berasingan, hah so mula2 girl ni suruh follow jela,yela bf dia nak naik sekali mmbe2 girl ni ramai pule. but tibe2 mmbe girl ni suruh bf girl ni naik dgn gf dia . amacam ayat gua bersepah tak,tula gua kalau bab2 cerite ni tak mahir sokmo! okok . jom gua continue,so bf dia ni pun orait je,kereta bf girl ni kebetulan ade mmbenye dia bawak,so bergeraklah.

        ok samapai sini gua dah semangat nak cerite sebab cerite yang gua nak cerite ni tinggal cerite antara girl ni dengan bf dia, so gua tak lah berselirat kepala otak nak menyusun ayat yang indah dan puitis . bergerak lah sebuah jentera yang comel macam drivernya,girl tu la yang gua maksudkan. so adakah bf dia yang drive?atau girl tu yang drive?atau mungkin tiba tiba kereta tu boleh bergerak sendiri? hah . pilihan jawapan last tu kalau lu orang pilih,lu orang dah boleh siap siap pilih kepok dan nisan . so girl ni la yang drive sebab bf dia ni penat dan sebenarnya bf dia ni saje je . hahaha siall doh bf dia ni. so bf dia tanya la gf dia nak pergi mana,then gf dia kata tak tahu. so bf dia tak bagi ape ape cadangan pun. then gf dia drive jela mengikut hati dan nalurinye sendiri,gua pun tak paham apa pesen orang dah tahu arah nak kemana,gua rase mereka nak release tension la ni. jadi perjalanan dorang ni dari meru ke setia alam then pusing balik sampai ke klang then samapai ke port klang then patah balik ikut jalan jauh bukit raja then destinasi yang dorang singgah mcd kalang sentral . . . drive thru,then nak amek order orang tu tak dengar sebab suara girl ni halus sangat,hihihih gua pelik betul cerite budak budak ni . so sampai sekarang ada misteri lagi berdasarkan cerite ni, misteri sangat sampai sekarang gua tak dapat nak huraikan dah macam2 formula gua gune, tapi gagal . misterinya ialah sebenarnya dorang ni nak pergi mane sebenarnye? adakah dorang nak cari mcd klang sentral sesat sampai ke port klang? mungkin boleh jadi.


        yang penting bf dirl ni dah buat gf dia gembira,gua pun tak tahu sebenarnya,hah . . . kisah ni based on true story takde yang ditambah menambah nambah atau tertambah. kisah ni sekadar untuk buat bacaan dan diabdikan sebagai kenangan . . so bf dia ni suruh gua tulis macam ni, HOLLAND,then gua tanye beliau lu tak sabar tunggu fifa ke?awek lu suke holland ke? ohh . . rupenya Hope Our Love Last And Never Die. hoh macam tu ke?????? ok ok . . baru gua faham . then bf dia ni suruh gua tulis mcm ni i love you Fatin , . errr,dah lah pakai blog gua! nak sweet2 kat sini pulak. dah la gua jeles ni .

Sunday 22 April 2012

Cinta dan Anugerah

      ye . .  assalamualaikum ye abang2 ensem dan kakak yang cun melecun  bace blog gua ni, gua rase lu orang mesti aneh apehal gua punye tittle kali ni macam jiwang sikit ye? *ehh bob ni bukan macam jiwang, tapi memang jiwang podaaaa. alahai la jack aku menyampah btol la kalau lu awal2 gua nak bagi intro lu dah menyibuk! ok . . gua dah ikat jack kat pokok yang penuh kerengga gua harap beliau insaf lepas ni . . jadi apekah tajuk gua kali ni ade kene mengene dengan anak jiran lu orang yang ada hati kat lu orang?ataupun ade kene mengene dengan kucing peliharaan lu orang yang mati akibat terminum air bateri kereta bapak korang?so sebenarnye ape yang gua nak kisahkan kat post kali ni ade kene mengene dengan hidup gua . Kalau gua nak cerite gua rase gua macam berada diawangan,ehh macam ngade2 pulak ayat gua ni .

    so,sebelum2 ni kan gua ade meracau sikit kan,tetibe ade cakap rindu la,sayang la kan kan seorang perempuan ni kan,tentulah perempuan takkan gua nak bersayang dengan pondan pulak kan? siapakah gerangan gadis yang telah memikat hati gua ni? cantik sangat ke dia? hot sangat ke dia? okokokok . .gua berterus terang la ye,walaupun gua tahu lu orang punye pc or laptop or galaxy or ipad or iphone lu orang punye skrin sudah terang. jadi apakah cinta dan anugerah?

       ni gua nak habaq mai ni,amboi. . slank utara dah,haha cinta tu subjektif, yela gua rase kalau lu nak huraikan pun gua rase dah habis sampai minggu depan,bulan depan mungkin habis la kot, so cinta yang sejati tu lahir dari hati tanpa ape ape kompromi,gua sayang beliau ni bukan sebab lawa,ataupun memiliki suara seperti christina aguelera tapi dah memang gua nak sayang dia,takkan lu orang nak bunuh gua pulak kan?

      jadi apekah anugerah yang gua nak kaitkan dengan cinta ni? gua bagitahu lu orang la kan,kalau lu orang dapat anugerah kat sekolah tu kan,agak2 lu orang nak tolak ke????mesti la lu orang terima kan anugerah tu? sebab tu namenye anugerah . .  jadi cinta ni anugerah yang diberikan oleh tuhan kepada manusia untuk menyemai perasaan kasih sesama manusia,tanggungjawab bersame. tapi sebenarnye tuhan bagi lu orang anugerah cinta tu adalah untuk menguji iman lu orang terhadapnya,adakah lu orang akan mencintaiNya lebih daripada lu orang cintakan manusia, cinta mencintai tak salah tapi ada batasnya,gua telah jatuh cinta kepada Fatin Umairah Binti Shahimi, gua pun tak tahu bagaimana?dimana?dan kenape? lu orang jangan la tanya gua gagap nak jawab, gua harap beliau pun cintakan gua tapi gua mane bole pakse kan,mehh doa sikit,ya allah bukalah pintu hatinya untuk terima aku seadanya,dan kurangkan lah cintaku kepadanya agar aku lebih mencintaimu lebih daripada sekalian makhluk ya allah,aminnn . . .

        haihhhh . . tak sangka gua ni ade jugak sifat2 penyayang ye,gua ingat gua takkan jatuh cinta,hahaha . . so begitulah cerita cinta gua . . . gua takkan sia siakan cinta daripada dia,gua akan jage hati dia,gua akan jaga dia,gua takkan tinggalkan dia,gua akan sayang dia . . pehh jiwangnyeeeeeeeee. . . pui! iloveyousomuch fu. . . . hope our love last and never die .

Monday 16 April 2012

Ringgit,Rupiah,Dollar,Baht . . is about Money,Duit la beb!

          assalamualaikum . . . ohh,gua terase janggal kali ni,sebab sebelum ni gua tak pernah pun beri salam,cis teroknye gua ni . So gua kali ni mahu membincangkan topik berkenaan duit, hah sebelum tu lu orang mesti nak cakap gua nak mengarut kan? oppp. . sorry gua kali ni serius serius ayam nak membincangkan topik ni . "ahhh,kau bob serius serius ayam tu mengarut la tu namenye" .   ahhh.ni gua tak gemar ni,ehh lu jack kalau tak menyibuk time gua bagi intro tak boleh ke? maafkan gua,gua panas hati btol dengan jack ni,asik2 menyampuk . by the way he call me bob, okokokok. . kite teruskan perbincangan kite, berape ramai yang tahu tentang kepentingan duit?kalau lu orang tanye kawan lu orang,dorang mesti cakap macam ni, ehh pentinglah nak beli macam2, so jawapan2 begitu common.

          justeru,gua nak menghuraikan lebih mendalam tentang kelebihan tersendiri yang ada pada duit ni, hah gua nak tanye lu orang pernah beli kasut berjenama atau jenama entah ape2 tanpa perlu membayar menggunakan duit? ade takde? toksah bohong kata takde,so duit kelebihan pertama memudahkan,yela kalau lu orang pakai duit ringan sikit,cuba kalau sekarang lu orang kene beli barang bayar pakai perak ke emas gua rase lu orang kena bawak kehulu kehilir peti besi. so tu gua baru kenalkan tentang duit,kalau lu orang tanye adik lu orang umur 3 tahun pun dia tahu duit tu ape,adik gua lima tahun dah pandai shopping pakai kad kredit,haha acah mak labu! Jadi dari mana datangnye duit ni? adakah lu orang semai duit macam semai padi,pastu tunggu beberape bulan, lu orang dah boleh tuai duit tu? atau adakah lu orang dapat duit daripada kucing peliharaan lu orang? semua soalan tu kalau lu orang jawab ye,memang lu orang masih di alam fantasi sambil nyanyi2 lagu twinkle2 little star,pui!
    
        so duit ni kalau lu orang nak dapat lu orang perlu berusaha,seperti kerja . . so membe gua name beliau eka tanye gua macam mane nak dapat duit tanpa perlu kerja,merompak,meragut dan mencuri. gua jawab la mak bapak, so kalau mak bapak lu orang kaya duit kat dompet tak kurang dari 8ribu,lu orang bole mintak,tapi kalau sederhana ni,lu orang kerja la kalau sebab duit tu lu orang nak buat enjoy dengan rakan rakan, kalau taknak mintak mak bapak,lu orang meragut ke merompak,weh tu pun kerja jugak tau,tapi tula lu orang dapat duit haram la beb, kalau lu orang kerje dapat duit halal. tak caye lu orang amek not 50ringgit lu orang teliti betul2 ade tanda halal kat situ, selesai je lu orang tengok, tepuk dahi,amacam gua macam bohong je kan.
      
       hah,penting sangat ke duit ni? pehhh . . penting beb, ok gua tanye lu orang pernah tak?,tak keluarkan duit untuk sepanjang hidup lu orang bergelar remaja,ehh come on adik gua 5 tahun pun pandai beli barang padini tau, lu orang nak masuk toilet pun kene bayar 2ringgit beb,toilet kat KLCC pehh celake gua cakap kan, so topik ni gua macam malas nak kupas banyak sebab lu orang mesti dah tahu kan, tapi tula gua masih tergelak apabila membe gua eka tu tanye macam tu,ehh ape kejadahnye ingat lu boleh doa2 kat tuhan sebelum tido esok pagi tengok ade seribu kat sebelah bantal? pastu esok doa lagi dapat lagi, takde keuntungan yang datang tanpa usaha . lu orang berjudi pun satu usaha beb,hah untung2 dapat first prize. tapi tula gua cakap duit haram la kan,

        hah,bercerite tentang kerje gua baru je balik outstation,*ayat kene kaya sket, dari montkiara,hah tu name dia cari duit,hah gua nak duit gua kerje beb,takkan nak mintak mak bapak pulak,tapi nanti gua nak belajar mak bapak gak yang support,yela tu namenye tanggungjawab memberi pendidikan kepada anak2,sebagai anak turut la perintah ibubapa ye,hah dah masuk perenggan ke berape ni lu orang perasan tak jack tak menyampuk,hah kalau lu orang nak tahu gua baru je ikat jack, ni tengah berusaha melepaskan diri,pehhh padan muka lu jack,lu biadab sangat gua baru nak intro lu nak menyampuk .

       so credit to eka,sebab tengah2 beliau tanye gua macam mana nak dapat duit tu,beliau sempat bagi cadangan bincangkan topik duit dalam blog gua,but kenape tak lu je bincangkan isu ni dalam blog lu eka??? anehhhhh . . . .  bagi gua duit ni penting untuk gua,sebab gua nak kawen. . . . ohh,damn teringat kat beliau lagi . fu . . haihhh

Tuesday 3 April 2012

Kerna ku Sahabat . . .

            molek . . kawe pun dah lamo tak update blog kawe ni . *hah elah lu bob apehal kawe2 bagai? oppppp. . sory2 . . gua,gua sekarang bukan nak membuka topik ataupun segala bagai tentang topik. gua nak sembang tentang sahabat . orait orait . ape lu orang tahu tentang sahabat? adakah sahabat sejenis makanan harian ataupun santapan kucing peliharaan lu orang? hah kalau lu orang jawab salah satu daripadanya memang lu orang sejenis orang yang bedebah la kan . gua tak pandai berselindung daripada menyatakan fakta . Justeru, sahabat ialah rakan,kawan yang lu orang perlu hargai perhubungannya,tanpa sahabat lu orang mesti bosan,yela malam2 lu orang tak boleh lepak dekat kedai makan,lagi2 nama kedai makan tu atap,entah kenape la name dia atap gua sebut je .
 
           okokokokok . . gua nak sembang tentang rakan baru gua,kalau nak mula dari awal perkenalan gua dengan rakan2 baru gua ni,lu orang sempat semai padi siap tunggu nak dituai la gua rase, *amboi,lama btol tu ceritenye bob. ehh,jack kau tak menyampuk tak boleh ke? *sukati gua la bob . . .boooo . sory,kite lalaikan sebentar tentang kehadiran jack yang selalu mengharubirukan hidup gua didalam blog ni . so,rakan yang gua kenal ni sama je daerah dengan gua,cuma lain mukim . hah,siapa tak belajar geografi bangau la ye . . . so,setakat ni gua rapat dengan 4 manusia yang bertopengkan manusia,*ehh bob gile bingai ayat kau ni . ehh sukati gua la hak gua. ok keempatempat manusia tu semua perempuan,gua bukan la nak mengorat ke ape kan,gua ni baik sebenarnye, cuma dah gua terbekenalan dengan rakan2 perempuan lu orang takkan nak bunuh gua pulak?

          bersahabat dengan manusia2 ni memerlukan kesabaran, gua bagi nickname jela ae? madi,eka,zarina,umairah . hah lu orang bace lu orang mesti dah expect perangai dia kan? memey arrr. .  bila lepak je,dorang asik bahan gua je . *yeke ni bob,bukan lu memanipulasikan cerite ke?  ehh siallah jack . . kantoi sudah, so yang gua paling speechless bile sembang, apabila dua manusia eka dan madi bergabung.pehh . boleh tahan maki la,boleh tahan tu maknanye gua tak maki la,kalau tak bole tahan gua dah maki dah,tapi tulah sesiapa lelaki yang mencarut atau maki terhadap perempuan walaupun lu orang rakan baik sekalipun,gua still rase bende tu durjana . so,tu gua bru bagi bayangan perangai madi dengan eka, macam mana pulak dengan zarina dan umairah? ohhhh . . damn kalau zarina tu gua boleh cerite lagi umairah gua speechless beb,walaupun gua menaip tapi tak tahu nak cakap macam mana, zarina ni not bad la perangai beliau,setakat nak bahan orang dua tige das takde hal, *amboi,dua tige dah lima dah bob . lagi sekali jack gua mintak lu jangn menyibuk lagi . jadi rakan2 yang gua kenal ni semua berpotensi untuk membahan orang, ehh,lupe gua tak cerite pasal umairah kan? takpelah . . biarlah dia jadi cerite dalam hati gua,hahahaha gile jiwang ayat gua .takdelah gua kan dah cakap gua speechless nak cerite pasal umairah ni. yang penting gua suke bersahabat dengan mereka mereka ni .

        yang gua cerite ni, rakan2 baru tahu, tapi gua rase macam dah lame pulak .ehhh,come on kesengsaraan baru nak bermula mane tahu rakan2 gua tu nak jual gua ke,pehhh . .  sewrammmmm nehhh . .

Wednesday 28 March 2012

akal vs pedang

           huh! sekian lame gua menyepikan diri di dalam gua di utara zimbabwe akhirnye gua telah mendapat wahyu, oppp!! " abah kau wahyu agak2 sket mazhab mane kau belajar ni " maafkan gua john,gua tak mahir berintrodaksi. Jadi gua telah mendapat idea, topik yang gua nak bincangkan mase gua bertafakur di dalam gua tu ialah, senjata paling tajam ialah akal bukan pedang? jadi ape yang gua nak sembangkan ialah, actually lebih kepada perbincangan ye adik2,

 
        lu orang pernah dengar atau terbace tak tentang topik yang gua sedang bangkitkan ni,bangkitnye topik gua ni ibarat bangkitnye mumia di dalam pyramid,"amboi . . bahasa"  kenape dengan bahasa gua??? lempang tahulah kau jack. ok kita hiraukan jack sebentar memandangkan beliau ni bersifat kecelakaan lebih daripada kemuliaan jadi kita pulaukan dia. Gua tak dapat nak hadam ape maksud tersirat yang diutarakan oleh ahli falsafah mane tah ceruk dia dapat sentences tu, jadi gua nak kuatkan hujah gua dalam topik ni begini,kalau betol akal lu lebih tajam daripada pedang meh tikam gua pakai akal tengok ape jadi gua tikam lu pakai pisau je tengok ape jadi . hah kalau nak tahu ce lu orang try kat kawan2 lu orang,siapa yang rase2 taknak maut dulu amek gua punye idea pakai pisau,

      so, sape yang tak paham maksud kata kata pujangga ni akan cuba berbahas ye tak,macam gua la. gua ni pantang sikit ade ayat macam ni je mesti gua bahan punye, maksud sebenar kata kata puitis ni ialah akal manusia yang waras lebih tajam berbanding pedang,kerana cube lu orang bayangkan,kalau ade orang nak tikam lu orang gune pedang,dengan akal lu orang,lu orang mesti dah lari kan, tapi gua tak kalau gua gua naik motor,lari penat . so tu dah membuktikan akal lu orang lebih tajam daripada pedang, yela tajam mane pun pedang pedang tu still takkan bergerak tanpa akal manusia yang suke membinase, btolkan gua kalau gua salah?

       oleh itu, akal yang dianugerahkan oleh tuhan kita harus manfaatkan dengan perkare yang mulia dan bersifat melindungi, ehh kalau gua jahat dengan akal gua ni gua boleh jatuhkan tahta prime minister of malaysia tahu tak,lu orang mesti tak percaye kan,yela gua pun tak percaye yang gua boleh jatuhkan beliau,yela sape la gua nak dibandingkan dengan beliau yang sememangnye glamour,gua ni hanye pembancuh kopi di salah sebuah francais terkemuke di malaysia je,

          setelah panjang lebar cukup gua bercerite gua nak bagitahu sket yang gua telah jatuh cinta, " macam bongok je kau ni bob takde kene mengene pun "   diamlah jack . . sibuk je,sukahati gua la nak cakap ape,ni blog gua,lu tu hanye watak yang gua jadikan je, "so lu boleh matikan watak gua kan,yela lu yang kawal gua" ehh. . melawan pulak dia, damn you jack! cukup gua tetap cintakan beliau,beliau ialah merah,gua yang saje bagi name merah,name beliau suare beliau sweet, " entah2 beliau tu pun lu yang wujudkan sendiri wataknye" ehh,diam ni btol2 wujud la bingai,i love red she love red,emm maybe . . ngaaaaaa

          time ni,bukan gua gunekan akal gua untuk menaip tapi tangan gua yang bergerak sendiri diiringi hati gua yang inginkan dikasihi .errrrrr. . . kenape macam jiwang je ayat gua ni? " bukan macam, memang pon!" lagi sekali jack gua cakap jangan kacau gua sedang bermutasi ni .

Sunday 26 February 2012

Sembang PumPang . . .

           orait ,setelah lama gua merantau sehingga ke selatan timor leste akhirnya gua telah mendapat hidayah untuk meneruskan perbicaraan gua dalam blog gua yang serba kekurangan ini, gua mulakan dengan bismillah la macam biase ye? *podaaa lu sembang pumpang je bob selalu terus start je lu punye cereka mengarut lu tu. shut up john,ape salahnye gua kali ni nak melakukan perbaharuan dalam berkata-kata. ok kite lupekan sekejap pasal bob bedebah yang selalu curi gua punye choki choki mase gua tengah tidur,cis tak bermaruah langsung melakukan jenayah.

            jadi, memandangkan yang gua ni seorang orang yang berkejaya sekarang jadi gua sering alpa tentang kewujudan blog gua ni,(amboi bahasa gramatis) yela gua sekarang ni bos,tak caye tanye membe gua,betol gua mana pernah cakap betol. Jadi nak di singkatkan jalan cerite yang panjang sepanjang jalan cerite hindustan,kantoi la gua tengokkan, gua singkatkan macam buat rumusan karangan mase lu orang belajar di sekolah menengah, one day before tomorrow and past day bofore today disebabkan gua tak arif tentang bahasa asing ni lu org paham paham sendiri la ye, gua sedang lepak bersame rakan rakan gua,bertemankan marlboro merah seludup punye di celah2 jari telujuk dan jari hantu, tibe tibe membe gua yg senior mase di sekolah menengah menegur gua, (sebab dah lame tak jumpe gua ingat ingat tak ingat name beliau) wali: ehh kau,ko tak keje ke? gua:keje la der. . sambil gua menyalam beliau wali: keje ape skang? gua: aku bos skang,aku malas nak sembang pumpang karang kau bengang wali: muke acah2 cool,hah takpe la gua nak pegi beli makanan awek gua pun dah lame tunggu. gua: hah orait2,

           Justeru, disebabkan ramai yg bertanye gua keje ape,gua malas nak jawab mentang2 gua baru habis spm asik tanye keje je,jadi gua jawab jela gua bos,kompom tak tanye lagi dah,hahaha

          kemudian, gua sering diajukan tentang persoalan kejayaan gua dah nak bengang habis dah ni, lu orang biase kan dengar usaha tangga kejayaan? hah meh gua nak kupaskan tentang penipuan tersebut, lepas lu orang usaha lu orang ade nampak tak mane mane tangga yang menuju kejayaan? kalau nampak lu orang cakap. tulah masalahnye sekarang ni gua dah usaha, gua cakap la kat bapak gua gua dah usaha,tapi mane tangganye pak? hah . . boleh tahan bengang la bapak gua,bila gua ckp macam tu .

        Natijahnye,gua bila dah pening kepale dan kusut permikiran gua jadi diluar permikiran,hah yang ni gua tak dapat terangkan macam mane kejadian alamnye, jadi lu orang pun macam dah bengang gua post tajuk mengarut2,better lu orang tekan button merah tanda pangkah la kat atas tu,heeeee. . ok2 jangan la marah lepas ni gua tulis senonoh sikit . assalamualaikum .
gambar ni mase gua mencari ilham,tapi gua jumpe ilham tu mase tengah lintas jalan lps tu gua kutip emm eksiden beramai2 la kereta. yg gua tgh pandang tu,couple yg acah2 sweet,pehh. . . lempang tahulah

Sunday 29 January 2012

berkait-kait

                    orait orait . . . gua disini tetibe ade idea yang nak di curahkan bagi mengisi masa lapang gua sementara tiba waktu kerje gua,gua sekarang dah tuka profesion daripada pelayan disebuah restoran membe bapak gua kepada staff secret recipe buat buat air. ok ,ape kene mengene gua tukar kerje dengan tajuk yang gua nak ceritekan ni? adekah ade kene mengene dengan hari kiamat? hah tengok gua dapat rasekan lu orang yang membace dah mula cuak dengan topik gua kan?



                Jadi , ape yang gua nak sampaikan ialah manusia yang suka sangat cerite pasal mati, kalau lu orang biase dengan ayat2 ni di wall fb lu orang sila komen, 'aku rase lebih baik aku mati,semua tak sayang aku,pening2 dgn masalah,kene tinggal awek/pakwe' pehhh,gua nak katekan kejadahnye mati? gua cuma nak pesan nak mati bole lu dah banyak sangat ke amalan dah buatkan?gua ni bukan la baik bebenor pun,cuma gua still berfikiran waras, cube la fikir sejenak hidup lu orang yang bermasalah dengan orang yang lebih bermasalah, kalau lu orang cerite pasal nak terjun bangunan tingkat 198,tetibe ade orang gile kat sebelah korang,gua rase orang gile tu mesti bagi nasihat kat lu orang. sebab lu orang lebih gile daripada beliau.




                 Selain itu, gua bukan la menghine ataupun mengate tapi gua tak gemar betol kalau masyarakat yang menyebabkan gua berkata masyaallah perangainye, perangai macam mane tu? macam macam la . . banyak gua nak cerite tapi tula gua tetibe takde idea pulak kan,kalau nak tunggu idea gua,gua rase u orang dah sempat kawen ade anak la gua rase idea gua baru ade.ye ark???ngeh! tapi tula gua ni bile idea sampai setengah2 mahu mengarut je. jadi sebelum gua mengarut lebih lanjut dan membuatkan korang mencarut lebih baik gua tutupkan perbicaraan ni,amboi dah macam mahkamah pulak,hah sudah2 . . jadi gua mintak kalau u orang ade idea atau tajuk atau perkare yang boleh gua kupaskan gune telinge gua,sila sila lah . . bagitahu ye . assalamualaikum . . .

Tuesday 17 January 2012

keranamu !

       huhahuhahuha. . *gua semput ni baru lepas main kejar2 dengan adik gua,ish terok btol adik gua tu macam budak umur 5 tahun,beliau seorang murid di tadika tnb kelas 5 tahun, orait gua bangang. Jadi kite teroskan agenda kita,setelah lame gua mencari idea gua, rupe rupenye,idea gua menyorok di bawah tudung saji di dapur rumah gua,apehal selame ni gua tak sedar yang beliau merujuk kepada idea gua telah menyorok di situ? orait kite lupekan sebentar cerite pengembaraan mencari idea gua tu . Jadi ape tajuk panas yang gua nak sampaikan untuk bacaan lu orang semua? sebenarnye gua punye story tade la hot mane,cume gua nak mengetengahkan topik kasih antara manusia, so lu orang dah dapat rase bahangnye?lu orang dah bole rase yang lu orang akan terase? hah. . .  ok, gua taknak menjadikan darah gemuruh lu orang bergerak dengan lebih kencang,jadi gua nak menyampaikan topik tentang kasih seorang kekasih, sebenarnye gua sampai sekarang tak dapat mengenal pasti cinta tu ape???? cinta tu wujud ke? kalau wujud mane beliau? meh gua slow talk dengan beliau, orait disamping mengejar cita cita sesetengah manusia mengejar cinta,mereka berpusu pusu mendapatkan cinta mereka yang entah mereka sendiri tidak pasti,mereka ibarat memperjudikan perasaan mereka, jadi setiap manusia yang mengejar cinta ni selalunye mereka mengejarkan nama mereka,contoh lelaki ,mereka akan mengejar perempuan lawa semata mata nak menunjuk kepade rakan rakan mereka untuk menyatakan yg beliau tu seorang yg berbakat dalam mengorat,jadi gua tertanye tanye,kenape perlu begitu? kalau perempuan pun same jugak sebenarnye,jadi gua membuat satu perbincangan dalam hati gua, *pehh gua dengan hati mengadakan mesyuarat, jadi gua masih tak dapat konklusinye,memangla pancaindera manusia itu mahukan yang cantik,tetapi pada asasnye ia perlu bermula daripada niat, niat kite perlu betol dalam berpasangan,kerana gua sendiri berpengalaman dalam berpasangan ni,malah gua sendiri sering tersilap dalam berpasangan dan kesilapan itu bermula daripada gua, that's why experience is the best teacher, jadi gua apehal pulak tetibe menggunakan bahase dunia ni?gua nak menunjuk nunjuk macam mat rempit buat wheelie depan gadis2 ke? bukan gua cume tak reti nak translate dalam bahasa lingua franca di malaysia, jadi gua cuma nak sampaikan bahawa lu orang perlulah ambil mase untuk mengenal hati seorang wanita dan seorang lelaki,mana ada cinta yg tetibe je boleh bertaut dalam mase 1 hari 2 hari 3 hari . . . sekrang ni takde maknenye cinta pandang pertama la bagai, kau ade pelajaran,kau ade kerje tetap,kau ade agama tetap dan mengamalkannye,kau ade budi bahase, kau boleh la pikir lebih jauh tentang cinta,kalau kau bercinta . jadi sebenarnye lu orang akan menyesal bila gua cakap yg sebenrnye gua tengah tido mase post blog ni . . . . zzzzZZZZzZz. .

Monday 2 January 2012

apehal????

            Cantek setelah lame gua menanti kehadiran idea gua yang lame menyembunyikan diri di belakang antara celah celah sel otak gua akhirnya, blink!!!! tadaaaa. . gua tetibe ade sederhana banyaknye topik yang gua nak bangkitkan di dalam blog gua, kalau blog lu orang gua tak tahu pulak la ape topiknye kan, gua punye topik ni takde kene mengene dengan jiran jiran atau saudara mara korang yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR atau pada masa dahulu pada era 70 ke 80 an dikenali sebagai SRP gua pun tak tahu ape relevannye kerajaan korang menukar sisitem pelajaran Malaysia ni, jadi gua ingin membangkitkan satu isu yang boleh menimbulkan sedikit pertanyaan dan mungkin terjadi konflik, orait gua nak cerite panjang, jadi korang mesti suruh gua pendekkan kan? hah kalau pendekkan dah tak jadi cerite dah . hahhh!! ngeh, jadi korang mesti selalu dengar atau terbace rakan korang cakap macam ni, ape gune kaye tapi takde budi bahase baik kaye dengan akhlak, jadi ape yang gua nak ulas kat sini kaye dengan akhlak bole beli makanan tak??? kalau cakap ye,mehh gua pijak tengkuk korang sikit tengok ape jadi, jadi gua taknak menyakitkan fizikal korang jadi gua nak nyatakan kat sini,dalam era pascamodenisme ini wang ringgit sesuatu perkare yg penting untuk kite survive di dunia yang nyata ini, jadi gua syorkan kepade orang yg kaye dengan akhlak seeloknye seimbangkan sekali dengan harta atau duit, kerana gua nak nyatakan kat sini bahawa kalau korang kaye dengan akhlak,then korang pegi kedai makan,then acik tu tanye adik ade ape dik? korang jawab saye ade akhlak cik, acik tu mesti mencarut lebih kurang 3 jam sebelum dia menerajang korang sehingga menyebabkan korang hilang ingtan 6 jam, jadi gua bukan la nak cakap akhlak tu tak penting,penting sangat,tapi ianye perlu seiring dengan dunia moden hari ini. .  natijahnye,gua bukan nak membangkitkan isu sensitiviti sesame manusia yg seiring mengutarakan pendapat yg bercanggah pendapat sesame sendiri, tapi gua tak kisah lu orang nak komen ape,gua sentiase terimr orait,jadi jangan kusutkan fikiran korang,mehh minum2 sikit. . hah ye kak nak minum air ape? *gua terbawak2 drpd tempat keje. . ngeh! lepas ni gua tulis senonoh sket.