Thursday 1 December 2011

Tabligh emmmm??????

              Jadi, untuk subjek yg gua nak ketengahkan pada kali ini,berkaitan dengan, dakwah tarbiyah yg disampaikan di masjid,surau dan sewaktu dengannya. Gua terpanggil untuk mengupas topik setelah semalam gua sebelum solat isyak di masjid di kawasan tempat tinggal gua,ade sorg brother ni ajak gua,lepas solat isyak stay kejap ade mesyuarah,then gua lepas solat berbekalkan doa gua sendiri lepas solat,gua terus keluar mendapatkan motor gua,blom letak kunci lagi,tibe,brader tu depan gua,aduh. gua serba salah beb,fikiran gua bercelaru sebab blom makan lagi,disamping tu membe gua yg tak habis2 menyeru gua melalui panggilan telefon,pehhhh. . duniawi duniawi, gua pun bajet la nak dengar mesyuarah tu ingat dalam 15 minit je, sekali, gua 2 jam setengah gua tersekat dalam majlis ilmu tu. Tetapi, kebaikan dan faedah yg gua dapat besar, gua yg jahil serta kurg ilmu pengetahuan ni tersentuh dengan seruan dan nasihat yg disampaikan oleh 2 orang brader ni yg menerangkan tentang kebaikan solat berjemaah dimasjid,tentang akhirat yg perlu kita ingati. Antara kata2 yg gua ingat beliau cakap ialah, ramai org yg kat luar sana masih melakukan maksiat,dosa tetapi namanya islam, islam hanya pada mulut, balasan yg dijanjikan tuhan tu,org islam yg masih melakukan perkara  mungkar tu mereka still tahu azab,balasan semua tu,tapi kenape masih melakukan maksiat,mereka tiada iman,iman ialahperkara yg asas perlu diterbitkan di dalam hati seorang islam untuk melakukan sebarang ibadah. Gua masih memikirkan kata brader yg juga merangkap imam muda di masjid tu,jadi sebaik sahaja gua pulang ke rumah,kata2nya masih terngiang2 dalam fikiran gua, kata2 yg penuh hikmah dan puitis yg disampaikan brader tu menyentuh hati gua untuk memprbaiki diri supaya menjadi lebih baik,gua sedar gua ni masih jahil tentang agama,gua lemah pasal benda2 alah ni,tapi usaha iman atas iman adalah perkara yg wajib atas wajib. Akidah adalah sesuatu perkara yg wajib ada kepada setiap umat islam. Tetapi nafsu gua sebagai remja sentiasa memberontak untuk menghadiri majlis2 seperti tu,baik gua malam2 mcm tu,gua online ke,main snuker ke kan. tapi kalau zaman remaja korg sekejap mcm mana(maksudnya matila) mana tahu korg tengah2 main snuker tetibe mati tercekik bola snuker ke kan. Jadi remaja,dewasa dan yg nazak pun perlu membaiki diri supaya di rahmati oleh tuhan kepada sekalian umat islam allahurabbi . . Tetapi gua tahu kita semua warga remaja sentiasa ingin melakukan perkara yg seronok dulukan lagi2 lepas spm ni, so takpe kita boleh hold on dulu majlis ilmu ni,kita enjoy dulu tapi jangan la sampai lakukan perkara mungkar,solat jangan tinggal.bende ni juge gua sering ingatkan dalam diri gua. astagfirullahalazim . . gua minta maaf kalau ada pihak terase,gua cuma mengingatkan diri gua yg jahil ni. amin. . .

1 comment:

  1. aku ingat tadi aku terbukak page JAIS.
    haha.
    tak insaf langsung, asyik gelak je aku baca post kau ni. benda ni pon kau nak letak lawak ke? hahaha.

    ReplyDelete