Tuesday 29 November 2011

Jangan menilai sebelum bertanya

                                  Cantek,gua telah menamatkan subjek yg perlu membace dalam SPM ni, tinggal paper seni je lagi, jadi apekene mengene dengan tajuk utama yg gua nak bincangkan ni. Ini tiada kaitan dengan kematian Michael Jackson ataupun yg seangkatan dengannya. Gua cuma mengongsikan sedikit kegembiraan gua pada korang yg membace. Orait, sekarang bermulanya pembukaan tirai topik atau subjek yang gua ingin bincangkan. Topik ni terlalu familiar dikalangan masyarakat kita sama ada yg mude,tua,dewase,yg sudah berkahwin, yg janda,yg duda mahupun yg gila. Yang gila ni juga minority masyarakat yg tidak ingin dinilai sahaja drpd luar. Gua ingin ceritekan sedikit kisah gua, pada malam bile tah gua tak ingat,afham bukan nama sebenar,seorg remaja yg masih ade paper lagi yg belum dijawab,tapi beliau bukan hirau pun,berbekalkan gitar kapok beliau dan seluar jean yg koyak dilutut dan t-shirt hitam.beliau lepak di kedai burger,lalu ade seorang manusia yg gatal sangat mulutnye tibe tibe berkata "tgk budak tu seluar koyak,lepak malam2,entah sembahyang ke tak,org melayu tu" peh desiran suara tu gua dengar samar2 jelas pakcik,inilah gua nak cakap,afham bukan name sebenar ni,sebelum lepak dah solat dah kat rumah,pehh. pandai2 pakcik tu adjust kata budak afham bukan nama sebenar ni tak sembahyang.Kalau gua kat tempat afham bukan nama sebenar ni,gua tidak teragak2 untuk memijak tengkuk pakcik yg cetek fikirannya. Urusan manusia dengan tuhan,manusia lain tidak boleh campur,manatahu org yg kita tgk pada dasarnya tak pernah sembahyang,sebenarnya sembahyang kan dah jatuh fitnah tu. betol tak tuan tuan dan puan puan. Jadi gua ingin menyeru kepada rakan pembace blog utk menghindarkan sikap bedebah ini dalam diri,cari kesalahan diri untuk meningkatkan prestasi bukan mencari kesalahan org untuk kepuasan hati. Jadi gua bukan lah memandai2 mereka reka topik ni,tapi gua rase mcm ni cerite gua je,jadi cerite takde kene mengene dengan org yg telah mati,sebab kan cerite ni gua takde cerite pasal mati pun,jadi korang tidak perlulah menggigit telinga kucing anda atau org disebelah anda kerana anda masih mempunyai hati untuk memelihara kewarasan akal, akhir kata dari gua jangan menyerah sebelum mengalah. errrrr. . . mcm lain je bunyi nye. . ape2 pun,assalamualaikum. .

1 comment:

  1. ish.. tak patut betul la apa yang berlaku pada afham bukan nama sebenar tu..
    tak patut diorang buruk sangka camtu >.<

    ReplyDelete