kalau lu orang pandai cuba teka siapa gua? adakah gua seorang hero dalam cerite batman? atau adakah gua watak sampingan dalam filem ombak rindu? semua tu takde kene mengene dengan gua,gua hanyalah manusia biasa yang sering melakukan kesilapan dan perlukan bimbingan.
Thursday, 24 November 2011
aku,kau,gua,lu,saya,awak,i,you dan seerti dengannya ape beza ye?
orait , penulisan gua hari ni tertumpu kepada isu penggunaan panggilan
seharian kita. Apa masalahnya dengan tajuk yg gua nak katakan ni?apa kene mengene dengan
gambar yang gua letak ni? adakah gua ingin menceritakan kisah cinta spiderman ni dengan
aunty jiran sebelah rumah korang. Di akhir penulisan gua,gua akan nyatakan sebabnya.
Jadi bahasa panggilan apa yg korang selalu gunakan? macam gua,gua selalu pakai aku,kau
tapi bila cakap dgn org tua gua hormat la . Jadi bahasa yg kita gunakan tak jadi masalah
dalam kehidupan seharian,cuma perlu kene pada tempatnya, jangan pulak korang bergua lu
dengan ustaz sebelah rumah korang. cuma gua nak nyatakan bahawa dalam penulisan gua
gua suka menggunakan gua dan lu. sebabnya gu sendiri pun masih tak dapat mengenal pasti
apa yang penting gua tak melanggar norma masyarakat dan akhirat. Jadi perkataan gua lu
tu melambangkan sikap seseorang,lu rase gua macam mana? mesti tak dapat rasekan. macam
mana nak rasa gua ni bukan makanan nak rasa2. jadi,korang jangan melemparkan perspektif
negatif terhadap penulis blog seperti gua. gua ni sebenarnya baik walaupun setelah gua,buat post
mortem kepada 1001 rakan2 gua menyatakan gua jahat. gua tetap berasa gua baik. baik macam
mana? gua ni baik-baik sayang? baik-baik bawak motor? bukan gua ni baik kot. gua pun tak pasti.
yang penting sekali korang mesti ingat bahasa tak melambangkan sikap dan hati seseorang.
macam gua,takkan gua nak pakai i,you dalam penulisan gua. geli bulu hidung gua membacanya
aku dan kau,terlalu ramai yang menggunakan penulisan macam tu. jadi lebih baik gua menggunakan
gaya bahasa gua sendiri. . dan gua nak nyatakan exam physic gua tadi bole tahan susah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ok.. fine. haha
ReplyDelete