Tuesday 20 November 2012

wajah kesayangan hamba .



        hah . .  waalaikumsalam, ye gua tahu lu orang yang tetibe melawat blog gua mesti bengan sebab gua dah berbulan bulan tak update kan, yee gua faham gua salah jangan lah hina gua seperti kucing yg buta salah satu matanya, *mata kiri ke kanan?* hah gua cukup menyampah kalau ade orang bergurau seperti ini, ehh nak tahu tak dulu kawan gua ade bergurau macam ni,mati disambar dek petir lu orang kalau nak tahu .

       Jadi macam mana gua tetibe boleh nak update entri ni pulak kan? okay gua sebenarnya baru terperasan yang gua sebenarnya ada blog,hihihih and gua bengang sebab gua tak dapat bukak entri yang gepren gua buat, tahap bengang gua tu sampai sarang semut kat depan rumah gua,gua letupkan dengan 30 biji mercun bola . hah pegi meninggal sana,dah gua tak boleh bukak entri dia nasib kaulah semut . lagi seminggu lebih je gua akan kembali ke kampus gua kat araustralia perthlis . . *acah acah baq hang* so gua dah jangkakan yang cuti gua kali ni memang tak bermakna, tapi pernah tak lu orang terpikir bahawasanya rakyat malaysia kurang bersyukur dengan ape yang mereka dah dapat,iyelahh dah bg cuti kira okaylah walaupun singkat, daripada kerajaan lu orang langsung tak bagi cuti kan lagi haru jadinya .

     Bukan tu je gua nak cerite, si umairah tu dia dapat sambung diploma kat Uitm jugak, tapi yang gua sedih tu beliau dapat kat Kelantan, hah tulah dulu dok gatal sangat pilih kos textile siapa suruh habaq mai cik umairah? by the way . .gua sebagai bf beliau tentulah gua support kan, ala 3 tahun je 3 tahun je * uwaaaaa )': * takpe takpe gua akan tunggu beliau seperti lu orang kalau menunggu bas selepas pukul 11, ye laa cerite dia kalau lu orang tnggu bas awam lepas pukul 11pm, cerite dia memang lu orang akan dapat bas tapi pukul 6 pagi esok, jadi ape yang gua mengarutkan Kelantan dengan bas awam pulak ni? takpe kita hiraukan je, yang gua harap beliau tak nakal kat sana, yela awe awe kelantan ni gua goyang sikit baii, karang tetibe gepren gua ni sangkut kat mamat Kelantan,mahu gua buat kenduri tahlil 3hari 3malam untuk gua sendiri .

    Cuti gua yang dah nak habis ni, gua rase tak banyak yang gua dapat habiskan masa bersama beliau, sebabkan gua busy beliau free,gua free beliau busy, so siapa yang kita nak salahkan? takkan lu orang nk gua salahkan jam kat rumah gua? takde kene mengenekan? hah tahu takpe . takpe nanti akhir2 gua dah nak balik Uitm, gua ingat nak ajak dia dating, dating pegi kursus kawen bagi semangat sikit ,hahahahahahaha * lancau baq hang*

    akhir kata gua bagi menamatkan sesi entri gua untuk kali ni, gua nak menyeru kepada tuan tuan dan makcik makcik yang membaca blog gua,agar sebelum tidur gosok la gigi dulu kalau tak boleh kena demam denggi tahu tak . cukuplah tu gua rase gua mengarut kali ni .