Tuesday 29 November 2011

Jangan menilai sebelum bertanya

                                  Cantek,gua telah menamatkan subjek yg perlu membace dalam SPM ni, tinggal paper seni je lagi, jadi apekene mengene dengan tajuk utama yg gua nak bincangkan ni. Ini tiada kaitan dengan kematian Michael Jackson ataupun yg seangkatan dengannya. Gua cuma mengongsikan sedikit kegembiraan gua pada korang yg membace. Orait, sekarang bermulanya pembukaan tirai topik atau subjek yang gua ingin bincangkan. Topik ni terlalu familiar dikalangan masyarakat kita sama ada yg mude,tua,dewase,yg sudah berkahwin, yg janda,yg duda mahupun yg gila. Yang gila ni juga minority masyarakat yg tidak ingin dinilai sahaja drpd luar. Gua ingin ceritekan sedikit kisah gua, pada malam bile tah gua tak ingat,afham bukan nama sebenar,seorg remaja yg masih ade paper lagi yg belum dijawab,tapi beliau bukan hirau pun,berbekalkan gitar kapok beliau dan seluar jean yg koyak dilutut dan t-shirt hitam.beliau lepak di kedai burger,lalu ade seorang manusia yg gatal sangat mulutnye tibe tibe berkata "tgk budak tu seluar koyak,lepak malam2,entah sembahyang ke tak,org melayu tu" peh desiran suara tu gua dengar samar2 jelas pakcik,inilah gua nak cakap,afham bukan name sebenar ni,sebelum lepak dah solat dah kat rumah,pehh. pandai2 pakcik tu adjust kata budak afham bukan nama sebenar ni tak sembahyang.Kalau gua kat tempat afham bukan nama sebenar ni,gua tidak teragak2 untuk memijak tengkuk pakcik yg cetek fikirannya. Urusan manusia dengan tuhan,manusia lain tidak boleh campur,manatahu org yg kita tgk pada dasarnya tak pernah sembahyang,sebenarnya sembahyang kan dah jatuh fitnah tu. betol tak tuan tuan dan puan puan. Jadi gua ingin menyeru kepada rakan pembace blog utk menghindarkan sikap bedebah ini dalam diri,cari kesalahan diri untuk meningkatkan prestasi bukan mencari kesalahan org untuk kepuasan hati. Jadi gua bukan lah memandai2 mereka reka topik ni,tapi gua rase mcm ni cerite gua je,jadi cerite takde kene mengene dengan org yg telah mati,sebab kan cerite ni gua takde cerite pasal mati pun,jadi korang tidak perlulah menggigit telinga kucing anda atau org disebelah anda kerana anda masih mempunyai hati untuk memelihara kewarasan akal, akhir kata dari gua jangan menyerah sebelum mengalah. errrrr. . . mcm lain je bunyi nye. . ape2 pun,assalamualaikum. .

Saturday 26 November 2011

Maal Hijrah

                          sedang masyarakat yg tidak bertamadun berhibur diluar sana,sama ada dengan teman lelaki
                 bagi perempuan ataupun dengan teman wanita bagi lelaki ataupun lelaki dan lelaki(gay). kita
                 umat yang bertamadun umat islam yg gigih melakukan sehabis baik kebaikan bersabar untuk
                 mengecapi nikmat yg kekal iaitu akhirat kelak. Jadi apa isu yg gua ingin bangkitkan dalam
                 konteks maal hijrah ni? adakah isu yg gua nak bangkitkan ni ada kene mengene dengan isu2
                 semasa seperti AIM yg salah bg anugerah tu? ataupun adakah ada kene mengene dengan
                 perubahan cuaca di mexico?ataupun ada kene mengene dengan banjir di timur tanah air?
                 yang sangkaan korang meleset sama sekali. Terduduknya gua disini,yela gua kan tgh duduk gua
                 cakap duduk la,gua ingin menyembangkan tentang maal hijrah. Perubahan yg perlu gua buat
                 pada maal hijrah ni ialah daripada jahat kepada kurang jahat,ya. . mesti korang nak tanye kenapa
                 tak jadi baik terus? ni gua nak cakap, 1 lebih baik daripada 0 yang tiada apa apa. Jadi gua
                 nak berubah apa? bukan gua ni dah cukup baik ke? ye. . memang gua ni baik sebenarnya
                 cuma sesetengah masyarakat memandang gua dengan sebelah mata sahaja kadang2 tu sampai
                 taknak pandang amboi berlagaknya la jadi orang. Jadi gua telah bertekad untuk melakukan
                 tranformasi dalam diri gua. apa? korang nak tanya aku nak berubah jadi transformer ke? bukan
                 gua cuma nak menjadi yang lebih baik daripada yg terbaik,(pehhh. yeye la kau bob) ehh. . ye,gua
                 cuma ingin jadi baik seperti insan2 lain(lagi sekali ayat kau tak boleh blah bob) begitulah
                 setiap tahun gua akan menghadapi rintangan dan cabaran untuk mentranformasikan diri gua
                 jadi tahun ni gua akan menepis segala halangan dengan kaki gua,yela yg selalu menghalang
                 cita2 gua ialah,orang2 disekeliling jadi gua lepas ni akan menendang sahaja orang tu atau
                 memijak tengkuk beliau dengan kasut but pua chu kang yg ade paku kat tapak dia. gua turut
                 ingin mendoakan sahabat gua Amirul, taipjelah.blogspot.com yg telah mempromote gua punye
                 blog,gua nak doakan beliau supaya berubah dan mencapai cita2 beliau utk jadi seorang cikgu
                 beliau seorang yg berjiwa sensitif tetapi kreatif,korang try bace blog dia,idea2 kreatif telah
                 dicurahkan di blog beliau,kita lupakan sebentar kisah amirul kawan gua yg mengarut tu,jadi
                 gua nak cakap hijrah adalah sesuatu perkara indah jika pada jalan kebaikan. Jadi gua nak
                 cakap berhati2 apabila memasak takot kene minyak panas yg terpecik karang,dan berhati2
                 dengan anjing yg berkeliaran dikawasan rumah anda. assalamualaikum . .

Thursday 24 November 2011

aku,kau,gua,lu,saya,awak,i,you dan seerti dengannya ape beza ye?

                          
                                 orait , penulisan gua hari ni tertumpu kepada isu penggunaan panggilan
               seharian kita. Apa masalahnya dengan tajuk yg gua nak katakan ni?apa kene mengene dengan
               gambar yang gua letak ni? adakah gua ingin menceritakan kisah cinta spiderman ni dengan
               aunty jiran sebelah rumah korang. Di akhir penulisan gua,gua akan nyatakan sebabnya.
               Jadi bahasa panggilan apa yg korang selalu gunakan? macam gua,gua selalu pakai aku,kau
               tapi bila cakap dgn org tua gua hormat la . Jadi bahasa yg kita gunakan tak jadi masalah
               dalam kehidupan seharian,cuma perlu kene pada tempatnya, jangan pulak korang bergua lu
               dengan ustaz sebelah rumah korang. cuma gua nak nyatakan bahawa dalam penulisan gua
               gua suka menggunakan gua dan lu. sebabnya gu sendiri pun masih tak dapat mengenal pasti
               apa yang penting gua tak melanggar norma masyarakat dan akhirat. Jadi perkataan gua lu
               tu melambangkan sikap seseorang,lu rase gua macam mana? mesti tak dapat rasekan. macam
               mana nak rasa gua ni bukan makanan nak rasa2. jadi,korang jangan melemparkan perspektif
               negatif terhadap penulis blog seperti gua. gua ni sebenarnya baik walaupun setelah gua,buat post
               mortem kepada 1001 rakan2 gua menyatakan gua jahat. gua tetap berasa gua baik. baik macam 
               mana? gua ni baik-baik sayang? baik-baik bawak motor? bukan gua ni baik kot. gua pun tak pasti.
               yang penting sekali korang mesti ingat bahasa tak melambangkan sikap dan hati seseorang.
               macam gua,takkan gua nak pakai i,you dalam penulisan gua. geli bulu hidung gua membacanya
               aku dan kau,terlalu ramai yang menggunakan penulisan macam tu. jadi lebih baik gua menggunakan
               gaya bahasa gua sendiri. . dan gua nak nyatakan exam physic gua tadi bole tahan susah

Wednesday 23 November 2011

menjadi tanda tanya?

                        harini,aku berpeluh cakap hang, padahal tadi tak panas pun masa jawab exam
                  addmath, tapi soalan addmath tu yg panas,sampai gua berpeluh,mencarut dan seerti dengannya
                 gua,bukan tak ready tapi gua tak tahu nak jawab soalannya macam mana,gua panas hati
                 gua menumpukan seluruh tenaga dan usaha. . untuk menjawab jugak exam addmath tadi,jadi
                 berserah jela, gua dah la takda mood tadi jawab exam,adoi. . tak tahula,resultnye macam
                 mana. elok2 tu soalan addmath, gua jawab karangan dengan seni pulak kan, pehh!
                 tak menjawab soalan betol gua ni,tak paham soalan macam mana nak jawab. Dengan, bakat
                 penulisan tahun 1 gua telah pun meminta sedikit markah budi bicara drpd bakal pemeriksa.
                 seterusnya gua, meng"improve"kan gaya penulisan gua dengan sedikit corak abstrak
                 rama rama dan ladybird, tiba2 gua rasa macam pelik pulak melukis bende2 alah tu kan,
                 jadi gua teroskan menjawab soalan addmath yang tertunggak banyaknya boleh tahan maki
                 tadi dengan dengusan ketidak puasan hati. apehal la lembaga ni bagi soalan banyak sangat.
                 sekarang baru gua perasan yg budak2 takot nak amek exam sebab lembaga yang buat soalan
                 gua tak takot,seperti sesetengah budak yang penakot,gua cuma berasa risau akan result gua
                 yang akan datang yang boleh mengubah spekulasi masyarakat terhadap gua.(errrrrr. . apekene   
                 mengene masyarakat dgn lu?lu ingat lu famous ke?) begitu la nasib gua yg akan dipangkah
                 oleh roh dalaman gua. jadi gua telah keluar awal paper 1 dan 2. . jadi ape kaitannye dengan
                 cerita yang gua nak sampaikan? ceritanya ialah kita haruslah berwaspada terhadap alam
                 sekeliling,gua tak berwaspada kerana masa gua jawab addmath tadi,ade makhluk yg
                 mengganggu gua,semut2 disebelah gua sering berbisik2 kepada gua supaya keluar awal
                 cis begitulah manusia yang selalu memberikan alasan yang merapu2 seperti gua punya kawan
                 Muhammad Amirul rakan sekelas gua yg sentiasa keluar awal disebabkan desakan
                 anai2 di atas meja beliau,kalau beliau perasan mesti beliau dah buang anai2 tu sebelum jawab
                 jadi makhluk2 kecil ni kadang kala bole tahan sikap setannye juge.
                 
                assalamualaikum. .

Sunday 20 November 2011

phantomrednara: Menjawab Paper Agama Islam memerlukan Pengetahuan ...

phantomrednara: Menjawab Paper Agama Islam memerlukan Pengetahuan ...: Bermulanya jam 8 pagi,gua telah bersabar dari malam sebelumya untuk menjawab paper agama islam ini, dengan sedikit sentuhan gua,gu...

Menjawab Paper Agama Islam memerlukan Pengetahuan Tentang Islam jika Islam

          Bermulanya jam 8 pagi,gua telah bersabar dari malam sebelumya untuk menjawab paper agama islam ini, dengan sedikit sentuhan gua,gua telah berjaya menjawab paper agama islam ini dengan tangan kanan,sebab gua ni tulis tangan kanan.Jadi gua menumpukan seluruh tenaga dalaman untuk menjawab paper ini,dengan sedikit rasa cemas gua telah terlupa apa jenis binatang ternakan,cis. Takpe gua relax,sambil ditemani angin sepoi sepoi bahasa arab,sebab gua jawab agama kan,jadi bahasa arab telah menjadi pilihan.
                      Gua fikir,punye fikir pehhhh,gua dapat jawab akhirnya tetapi gua tak yakin boleh dapat A campur bak kata mak kandung gua,mak tiri gua tak cakap apa apa,sebab gua mana ada mak tiri ye tak. PUKUL 11.15 gua kene jawab kertas agama yg kedua pulak,al-quran dan hadis,apabila gua bukak soalan membuatkan gua mengucap buat kali kedua untuk hari ni, kenape bukan kali pertama?sebab kali pertama untuk harini gua mengucap masa solat subuh pagi tadi.Penulisan gua dalam blog ni bukan untuk menceritakan kebaikan gua tetapi gua nak menceritan tentang kesengsaraan gua sebagai seorang pelajar sekolah menengah di salah sebuah sekolah di kapar,klang dan negerinya jauhhh. . tiada dalam peta. Nampaknya lagi sekali gua terpesong daripada subjek utama. Jadi,kertas agama ygg kedua tu tadi gua tak dapat cari apa maksud ayat yang bergaris,yela bahasa arabkan,gua telah tinggalkan bahasa arab since darjah 6 lagi so gua terpakse menggunakan ilmu dalaman gua untuk mencari makna tersebut,gua pejamkan mata dan letak kepala di ats meja dlm beberapa minit,justeru gua dapat maknanya,tapi gua yakin salah.tapi kenapa gua tulis jugak? kerana gua taknak tambah dosa dengan membazir tempat kosong.
                               akhir kata dari gua,selamat memulakan hari anda dengan langkah kanan,sebab terok sangat kalau korang memulakan langkah kiri,bagi yang naik kereta di tempat duduk penumpang hadapan.
                            assalamualaikum, . .

Saturday 19 November 2011

Suatu Kelahiran Baru Dalam Dunia Blogger

 pertama sekali,gua ingin menyatakan hasrat gua kerana gua baru je mencipta sebuah,sekotak,sebentuk,dan sebagainya dengan susah payahnya,gua terpaksa menekan beberapa button di atas keypad laptop ni,secara berulang-ulang kali,blom masuk yg error dan sebagainya. kalaulah,bende alah blog ni manusia,mahu jugak gua pijak tengkuk beliau sampai keluar lidah lepas tu kencingkan muka beliau,nak buat bende alah blog ni sulit jugak sebenarnya. Jadi,dan permulaan yg baik gua mulakan dgn tgn kanan,yela buruk sgt kalau gua guna tangan kiri,sebeb mouse kan kat belah kanan. jadi yang menjadi kan kepala gua ni semakin runsing ialah apabila gua kandas untuk membetulkan yg part "about me" tu. Nak mencarut buat menambah dosa gua je pagi-pagi ahad yg tenang ni ditemani,cerite kartun kegemaran gua,otroman versus keluangman,perhh ni cerite zaman berzaman ni. . then,ape kene mengene nama phantomrednara dgn gua,dia tu adik tiri gua ke?ohh tidak sama sekali,jadi?ade kene mengene dgn layout background blog ni ke?tidak jugak. nama tu gua ilhamkan daripada mimpi gua yang sentiasa membisikkan phantommmmmmmmm. . .  rednaraaaaaaaaa. .  kemudian gua cube terjemahkan maksud mimpi tu,ohh rupenye gua minat,suka,cinta akan warna merah. . dan gua juge seorang hantu. . nara tu,gua tak tahu maknanye,tapi gua suka.akhir kata gua ni orang baru,mintak tunjuk ajar ku siput sedut.